Kerjaya politik Ahmed Patel

Patel memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai pilihan raya tempatan di Daerah Bharuch, Gujarat pada 1976.[8]

Beliau terpilih pada tahun 1977 untuk bertanding pilihan raya bagi sidang ke-6 Lok Sabha mewakili Bharuch. Beliau kemudiannya menang dalam pilihan raya tersebut (1977) dan menang berturut-turut untuk dua penggal kemudiannya, 1980 dan 1984, dan menyambung tugas perwakilan sehingga 1989.[7]

Pada 1985, beliau telah menjadi Setiausaha Parlimen bagi Perdana Menteri Rajiv Gandhi.[9] Pada 1987, atas kapasiti beliau sebagai Anggota Parlimen, beliau telah membantu penubuhan Pihak Berkuasa Pengurusan Narmada bagi memantau projek empangan Sardar Sarovar.[10][11] Beliau telah dilantik sebagai setiausaha Dana Jawahar Bhavan pada tahun 1988 dan berjaya menyelesaikan projek dalam tempoh masa sebelum sambutan ulang tahun kelahiran keseratus Jawaharlal Nehru.[12]

Pada 2005, Ahmed Patel telah dilantik menggangotai Rajya Sabha untuk penggal keempat beliau. Walaupun dianggap sebagai ketua strategi kepada Sonia Gandhi, beliau memilih untuk berada di luar daripada kerajaan UPA dalam sidang ke-14 dan ke-15 Lok Sabha antara tahun 2004 hingga 2014[13]. Beliau mengekalkan sikap rendah diri dan mengelak daripada media dan tumpuan awam.[14] Patel merupakan Muslim kedua yang menjadi ahli parlimen Lok Sabha di Gujarat selepas Ehsan Jafri.[15]

Beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik Sonia Gandhi, presiden Kongres Kebangsaan India. Beliau juga berkhidmat sebagai setiausaha parlimen bagi bekas Perdana Menteri, Rajiv Gandhi pada tahun 1985. Beliau telah dilantik menjadi bendahari Jawatankuasa Kongres Seluruh India pada 2018, menggantikan anggota kanan parti, Motilal Vora[16]

Pilihan raya terakhir beliau ialah Rajya Sabha pada 2017.[17].[18][19]

Rujukan

WikiPedia: Ahmed Patel http://164.100.47.194/loksabha/writereaddata/bioda... http://164.100.47.5/newmembers/Website/Main.aspx http://deshgujarat.com/2015/02/21/ahmed-patel-inau... http://www.expressindia.com/latest-news/congress-l... http://www.gujaratglobal.com/nextSub.php?id=2086&c... http://articles.timesofindia.indiatimes.com/2009-0... http://india.gov.in/govt/rajyasabhampbiodata.php?m... http://www.archive.india.gov.in/govt/rajyasabhampb... http://indiatoday.intoday.in/story/jawahar-bhavan-... http://pib.nic.in/archieve/phtgalry/pg1299/pg14dc9...